Kerjaya muzik Joe Siva

Joe Siva memulakan kerjaya muziknya pada 1976, bermula sebagai DJ, bermain muzik disko di sekitar Kuala Lumpur sebelum beralih ke kerjaya rakaman pada 1980-an.[2] Pada tahun 1989, Siva menyertai kumpulan hip hop Krash Kozz, antara lain turut dianggotai oleh Jake Abdullah, Najee Abdullah, Fawzi Kamaruddin dan Albert Chong.[3]

Joe menubuhkan syarikat rakaman Valentine Sound Productions (VSP),[1] yang bertanggungjawab terhadap album hip-hop/house pada awal 1990-an, dengan menerbitkan pita adunan Pump It! (1990) dan Rap It! (1991).[2] Beliau turut membantu banyak kumpulan rock bebas dengan menandatangani pemuzik terkenal seperti Carburetor Dung, Cromok, Sil Khannaz, Suffercation, dan Slumscums.[4]

Pada tahun 1991, Joe menerbitkan album kompilasi Save The World, menampilkan 16 deejay tempatan, bagi membantu Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).[2] Beliau juga bertanggungjawab terhadap penyertaan Malaysia ke Kejuaraan DJ Dunia DMC pada tahun 1994, ketika membawa pertandingan DJ global ke pentas tempatan dan memupuk DJ tempatan - sebagai pengarah DMC Malaysia.[2]